Suami Durjana! Isteri Dalam Pantang Di Tendang Oleh Suami Hingga Pengsan Selama 1jam
http://themetropost.blogspot.com/2015/08/suami-durjana-isteri-dalam-pantang-di.html
“ Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but
kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini
Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di
Pulau Pinang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih
berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga,
belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.
Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas
dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba
lain. Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga
pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian
kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.
“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar
kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah
lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu
Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang
masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang
ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan.
Sumber : myMetro