Inilah Kisah Yang Ramai Tidak Tahu, Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam [ Pendedahan Yang Sangat Mengejutkan]


2
Sebut saja 7 Eleven, pastinya anda akan teringat bahawa kedai serbaneka 24 jam ini menghidangkan pelbagai kemudahan bermula daripada makanan dan minuman sehinggalah menjual pen. Lupakan sebentar mesin Slurpee yang tidak habis-habis rosak dan kami kongsikan kenapa ia dibuka 24 jam.
2
Seperti yang dikongsikan dari portal Vitdaily, nama 7 Eleven itu sendiri sebenarnya bermula daripada waktu operasi mereka sekitar tahun 1946 di mana kedai hanya dibuka bermula daripada pukul 7 pagi sehingga 11 malam. Malah nama asal 7 Eleven sebelum ini adalah Tote’m kerana ramai akan membawa bag tote ketika membawa pulang keperluan yang dibeli di sana.
Bagaimanapu perkara tersebut berubah pada tahun 1963 (ketika ini sudah ada 1000 cawangan), apabila rantaian kedai ini mula menukar waktu beroperasi hanya kerana satu kejadian – yang mendatangkan keuntungan kepada mereka, semestinya.
Ia bermula apabila sebuah 7 Eleven yang terletak berhampiran di University of Texas yang akan menjadi sangat penuh selepas habis sebuah perlawanan bola sepak Amerika. Oleh kerana orang yang terlalu ramai makan terpaksalah kedai dibuka sehingga melebihi waktu biasa operasi.


2
Melihatkan kepada hasil jualan dan keuntungan yang memberangsangkan – hanya pada malam itu sahaja, maka kedai serbaneka yang terletak di Texas, Amerika Syarikat itu pun mula beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, secara kekal.
Kemudiannya, cawangan lain pun turut menukar waktu operasi baru mereka sehingga kini dan masih mengekalkan nama lama mereka – 7 Eleven. Jadi, jika selepas ini anda melihat mana-mana logo 7 Eleven, anda boleh kongsikan sejarah mengenainya kepada rakan anda.
Bagi kami, ia merupakan bukti bagaimana keputusan dalam satu malam mampu mencipta sejarah yang berterusan di samping dapat membantu memudahkan orang ramai. Mungkin selepas ini, perniagaan anda sendiri juga mempunyai sejarah yang tersendiri.


Related

Isu Semasa 2171094639940238274

Post a Comment

Hot in week

Recent

Comments

PELAWAT

Total Pageviews

item