Senarai MINUMAN Manis Yang Mampu Membunuh Anda Di Malaysia Yang Ramai Tidak Sedar

Setiap kali anda keluar bersama rakan-rakan, sama ada mengopi atau mengeteh, pernah atau tidak anda perasan minuman yang anda pesan kadang-kala melibatkan kandungan gula yang tinggi.

Mungkin kerana anda sukakan minuman tersebut membuatkan anda tidak sedar bahawa pengambilan yang kerap akan membuatkan anda menderita di hari tua atau memudaratkan.

1. Teh Tarik

2

Jika mamak buat teh tarik kurang manis, anda siap panggil semula supaya bagi manis betul-betul. Pengambilan teh tarik yang tidak terkawal merupakan penyumbang utama diabetes.


2. Minuman Tenaga Extra Joss

2

Ini biasa mana-mana kedai buat pun, bukan main lagi dia punya manis. Malah ada yang minum kata, tidak mengapa ia manis kerana ia bagi tenaga. Tenaga apa jika lepas makan anda balik rumah kemudian tidur.


3. Kopi 3 in 1

2

Pengambilan kopi 3 dalam 1 memang memudahkan dan menjimatkan masa kerana tidak perlu tambah gula tapi tahukah anda bahawa kopi pracampuran boleh menjadi penyumbang kenaikan berat badan yang seterusnya membawa kepada masalah lain?


4. Minuman Berkarbonat

2

Pelbagai pilihan minuman berkarbonat anda boleh lihat dipamerkan di setiap pasaraya mahupun restoran atau kedai makan. Semuanya nampak sedap sehinggalah anda sendiri disahkan menghidap kencing manis.
Anda sendiri tahu bukan sebanyak mana kandungan gula di dalam setiap tin minuman berkarbonat?


5. Jus Buah

2

Jus dengan rasa buah sebenar? Kenapa anda tidak makan sahaja buah terus? Ini pasti anda sendiri tidak nafikan betapa manisnya jus yang terdapat di dalam kotak mahupun tin.
Apa yang dikongsikan dari laman Vitdaily ini bukanlah tidak boleh minum langsung, tetapi berwaspada dan biarlah tidak terlalu kerap

Related

Isu Semasa 1186429221243938889

Post a Comment

Hot in week

Recent

Comments

PELAWAT

Total Pageviews

item