Inilah Sebab Mengapa Bila Cubit Siku Tidak Terasa Sakit Bagi Kebanyakkan Manusia
http://themetropost.blogspot.com/2015/08/inilah-sebab-mengapa-bila-cubit-siku.html
Pernah cuba untuk mencubit siku anda? Biarpun cubit sekuat mungkin, tetap tidak akan rasa sakit.
Memetik dari sebuah artikel yang digarap di blog musadun.com, di bawah kami kongsikan jawapannya..
Baiklah, beberapa kawasan pada kulit kita mempunyai lebih hujung saraf (nerve ending) berbanding pada kawasan lain. Secara asasnya ini merupakan satu mekanisma pertahanan badan.
Kawasan seperti hujung jari kita, adalah kawasan yang sangat sensitif dan terdedah kepada kecederaan. Contohnya, kita akan cepat-cepat menarik jari atau tangan kita pada sumber bahaya yang dihadapi.
Cuba ini, cubit mulai dari siku anda dan turun hingga ke jari. Anda akan dapati ianya menjadi lebih sensitif bila sampai ke jari.
Kesimpulannya, siku kita mempunyai reseptor sakit yang kurang berbanding pada bahagian kulit yang lain. Bila reseptor kurang, otak tidak akan memproses apakah sensasi yang dikenakan ke atas kulit kita.
Contohnya, kita mencubit siku, tetapi tiada tindakbalas sakit yang dapat dihantar ke otak, menyebabkan kita tidak merasa sakit.