Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami
http://themetropost.blogspot.com/2015/08/suami-isteri-wajib-baca-5-hak-isteri.html
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini
1) makan minum isteri.
��duit belanja diri
(Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun.
Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada
pendapatan/ehsan suami )
��duit belanja dapur.
2) peralatan mandian
3) ubat ubatan / medical
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5) rumah yang selesa
untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg
bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~
***********************
Nasihat saya… kepada
isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih
hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami.
Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu,
sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga
Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah
para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk
duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan
berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan
peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri
yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia
tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang
isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa
izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun
under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap,
“duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita
jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak
kat akhirat.
Ada sahabat saya
beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan
minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada
termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar
untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja,
walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi
jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian
ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur?
Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah
tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai
sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai
sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi
pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di
dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
Semoga bermanfaat.
Wallahualam.
*sumber peribadirasulullah.wordpress.com