Kisah Seorang Lelaki Yang Menjawab Keluhan 7 Wanita Yang Melafazkan "susahnya jadi Wanita"
http://themetropost.blogspot.com/2015/08/kisah-seorang-lelaki-yang-menjawab.html
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh,
situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak
pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa
la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita,
padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe
pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika
kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta
pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat.
Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa
Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak.
Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak
kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam
kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami
perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita
tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan
nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat
dan puasa?”.
Dan
kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita,
dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita
yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah
pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki
yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha
Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari
ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada
,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik
adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan
terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah
ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat
perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang,
agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama
hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit
anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu
tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya,
jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok
awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok,
isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat
juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia
sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.
Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang
menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul
ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi
kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa
saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu
kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai,
harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah
la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu,
wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya
awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati
syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15
kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal
masa melahirkan”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat
nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab
keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya,
anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti
di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka
ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak
beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak
sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya,
dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat
lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa
satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya,
seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika
taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka
awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun,
wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah,
sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke
neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”
Demikianlah
dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun
beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai
kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan
dan diperjuangkan mereka.
Allah,
yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada
manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta
manusia.
Wahai
lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat
baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.