Masyaallah!! Dunia Semakin Hampir Ke Penghujungnya, KIBLAT umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH Yang Memerintah ROM
http://themetropost.blogspot.com/2015/08/masyaallah-dunia-semakin-hampir-ke.html
KETIKA ini umat islam
diseluruh dunia menumpu perhatian kepada krisis di Mesir dan Syria
tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal
sebelum beliau membuka Fasa berikutnya. Tahukah anda, sasaran yang
mereka idamkan bukanlah Palestin sebaliknya TANAH SUCI MEKAH dan
MADINAH. Tanpa kita sedari ARAB SAUDI kini telah dikepung secara
sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran).
TURKI Uthmaniyah
ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini
diperintah Pemimpin Islamik Erdogan, hakikatnya beliau hanya dapat
bersuara tapi tidak dapat bertindak kerana dikekang Pengikut Setia
Attaturk.
PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.
IRAQ satu-satunya negara
yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan
diranapkan USA dan negara Salib dengan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).
AFGHANISTAN sebuah
negara mundur dan miskin yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia
dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya
disalur pada Zionis (Israel).
LIBYA pimpinan Ghadaffi
merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk
mencetuskan ‘Arab Spring’. Rakyatnya dihasut untuk ‘BANGKIT’ dan dibantu
dengan ‘Bersungguh-sungguh’ oleh Tentera Salib (NATO).
SYRIA adalah sasaran
sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis
dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang
Armageddon melibatkan Mesiah@Dajjal dan Al-Mahdi.
MESIR walaupun
‘DISERAHKAN’ kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin dan dirampas semula
oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan
menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya
Armageddon dengan segera.
Lihatlah dipeta, semua
negara-negara di sekeliling Arab Saudi telah di tawan dengan secara
sistematik. kesemua “buah catur” hampir ditewaskan serta MEKAH DAN
MADINAH lah buah catur Raja dan Permaisuri yang akan jatuh kerana di
situlah kota jantung dan hati Islam.
Telah tertulis di dalam
hadis, pada akhir zaman kelak KIBLAT umat Islam iaitu KAABAH akan
diruntuhkan oleh seorang LELAKI yang berasal dari HABSYAH dan diberi
kepercayaan memerintah Rom.
SIAPA LELAKI HABSYAH INI ?
Semua sedia maklum ROM
dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA
melalui sejarah panjangnya. Satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam)
yang memerintah ialah Presiden terkini USA iaitu BARRACK OBAMA.
Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai
lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari
dan At-Tabrani :
“DI ANTARA TANDA-TANDA
AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA
SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH
ROMAN. ”
SUBHANALLAH…KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEBANGKITAN KHILAFAH DAN KIAMAT……!!!
Wallahua’lam. Tanda-tanda akhir zaman dah lama muncul dan akhir-akhir ini semakin nampak tanda-tanda kiamat kubra.
Semoga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai oleh Allah..Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.