Inilah Adik-Beradik Selebriti Yang Anda Tidak Tahu Tapi Cukup Terkenal Di Malaysia
http://themetropost.blogspot.com/2015/06/inilah-adik-beradik-selebriti-yang-anda.html
Adik-beradik yang bergelar selebriti popular di Malaysia | Jika dilihat
di Malaysia, populariti adik-beradik kepada mereka yang bergelar
selebriti, sangat berbeza jika dibandingkan dengan industri hiburan
luar.
Lihat sahaja adik-beradik Kardashian. Semuanya terkenal dan boleh
dikatakan mereka menumpang populariti antara satu sama lain walaupun
masing-masing mempunyai kerjaya sendiri.
Namun, berbeza dengan di sini dimana adik-beradik yang bergelar selebriti ini mampu berdiri dengan usaha mereka sendiri.
Memetik Tupai.com, berikut disenaraikan adik-beradik bergelar selebriti popular di Malaysia:
Pierre Andre & Mikail Andre
Adik-beradik ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang
terkenal dengan rancangan sitkom “Pi Pi Mai Tang Tu”. Pierre Andre yang
mula-mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem “Potret
Mistik” pada tahun 2005. Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre
kini bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya
Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini
mempunyai darah seni.
Shamsul Yusof & Syafiq Yusof
Kedua-duanya memulakan kerier sebagai pelakon demi untuk mempelajari
selok-belok dunia perfileman. Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof
Haslam ini, mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon
dan juga pengarah filem. Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah muda
ini sudah pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata
pepatah, bapa borek anak rintik.
Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy
Adik-beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka
menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka
memang berbakat besar seawal dari kecil. Walaupun Elfira selaku kakak,
dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara
satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah
berlakon sama menerusi rancangan “Oh! My English”.
Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong
Anak perempuan kepada Ismail Embong ini, memang semuanya cantik-cantik
dan berbakat dalam lakonan. Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma
sahaja yang dikenali, namun selepas itu, kedua-dua kakak mereka, iaitu
Yaya dan Shikin juga mula mencipta nama. Kalau dah adik-beradik, pasti
mereka tidak akan terlepas ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun,
baru-baru ini industri hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan
bapanya. Tetapi semuanya sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air
dicincang tidak akan putus. Begitulah perghubungan keluarga.
Eira Syazira & Syafnida
Nama pelakon Eira Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang
membawakan gadis nerd menerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh
dikatakan Eira diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk
menghiasi drama-drama di televisyen. Kini adiknya, Syafnida turut
mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini wajahnya mula kelihatan
menerusi drama TV3 “Cinta Ilahi”. Selain itu juga, Syanida juga
dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai suami isteri.
Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni hampir sama dan ramai yang
menganggap mereka adalah adik-beradik kembar.
Farid Kamil & Fadzil Zahari
Siapa yang tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama
adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami
kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak
tahu, Fadzil juga merupakan seorang pelakon. Pada awalnya, dia merupakan
pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak-jinak
sebagai penulis skrip. Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem
“Kongsi” dan “Bini-biniku Gangster”. Memang adik-beradik yang berbakat
besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti
abangnya.
Aliff Aziz & Aishah Aziz
Alif Aziz bukanlah nama yang asing dalam industri muzik Malaysia
walaupun dia berasal dari Singapura. Ketampanannya membuatkan namanya
mudah mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air. Adiknya,
Aishah Aziz yang merupakan bintang kelahiran dari program realiti
Akademi Fantasia 2013, kini semakin mendapat tempat di Malaysia. Tidak
dinafikan kedua adik-beradik ini mempunyai pakej lengkap sebagai
penyanyi dan penghibur.
Sharifah shahira & Sharifah Sakinah
Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu
diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika diikutkan,
seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga
merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an. Kini, seorang lagi adiknya,
Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak langkah kakak-kakaknya
sebagai seorang pelakon dan selebriti. Namun berbeza dengan
kakak-kakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi ‘gila-gilanya’ di
laman sosial miliknya.
Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, adik-beradik, Erma Fatima dan Umie
Aida mempunyai seorang adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula
berjinak-jinak sebagai pelakon dan pernah muncul menerusi drama bersiri
popular “Adam dan Hawa”. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, Betty
sudah menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh
dikatakan Betty juga berbakat seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh
menyanyi. Tidak dapat dinafikan ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang
besar.