Ini Komen Balas Yang Pedas Dari Gimnas Farah Ann Setelah Pakaian Dikritik
http://themetropost.blogspot.com/2015/06/ini-komen-balas-yang-pedas-dari-gimnas.html
Nampaknya kontroversi yang melibatkan atlet gimanstik negara,Farah Ann, semakin berlarutan apabila dia hari ini telah mula menyerang kembali para pengkritiknya selepas ramai pengguna laman sosial yang mengecam tidakan Farah yang memakai pakaian menjolok mata di Sukan SEA 2015 di Singapura.
Farah melalui laman Twitternya menulis peribahasa "empty cans make the most noise," atau ‘tong kosong berbunyi nyaring’.
Peribahasa itu bermaksud "seseorang yang tidak tahu apa-apa memang suka bercakap kosong."
Walaubagaimanapun, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin nampaknya tampil membela atlet negara berkenaan di mana mengatakan Farah Ann tidak seawajarnya diganggu dan biar Tuhan sahaja yang menghakimi beliau.
Ada juga pengguna laman sosial yang mempertahankan tindakan Farah berpakaian demikian kerana ia adalah bertepatan dengan acara sukan yang disertainya. Mereka juga berkata di sepatutnyan dipuji kerena sudah mengharumkan nama negara selepas memenangi pingat emas di temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu. - Siakapkeli.my