Jangan Terkejut!! Inilah 10 Pemimpin Negara Paling Kejam Di Dunia Selain Adolf Hitler
http://themetropost.blogspot.com/2015/08/jangan-terkejut-inilah-10-pemimpin.html
Dalam
sejarah, mereka lah yang paling kejam, ganas, tidak berperikemanusiaan
dan segala macam lagi kejahatan yang telah dibuat. mereka juga tamak dan
gilakan kuasa sehingga bertindak dan bertukar menjadi manusia yang
paling tidak disukai didunia ini. dan mereka ialah:
NAMA YANG KEJAM: Atilia The Hun
KUASA KEKEJAMAN: Pemimpin Empayar Hunnic
TARIKH KEKEJAMAN: 434 hingga 453
REKOD KEKEJAMAN:
Semasa penaklukannya di Austria hingga Jerman, beliau telah membunuh
dan menghancurkan segala apa yang menjadi rintangannya yang menjadi rekod paling kejam dalam sejarah penaklukan orang gasar (Barbarian). Beliau juga merendamkan dirinya di dalam darahnya sendiri di malam perkahwinannya.
NAMA: Maximilien Robespierre
KUASA: Pemimpin Revolusi Perancis
TARIKH PEMERINTAHAN: dihukum mati tanpa bicara pada tahun 1794
REKOD KEKEJAMAN: beliau merupakan salah satu dari punca utama yang menyebabkan keganasan dan kekejaman ketika pra-revolusi perancis selama 10 bulan. Dalam masa itu, seramai 18,500 hingga 40,000 nyawa telah terbunuh kerana dihukum oleh tribunal revolusi yang diketuai olehnya.
NAMA YANG KEJAM: Ayatollah Khomeini
KUASA KEKEJAMAN: Pemimpin Agama Iran
TARIKH KEKEJAMAN: 1979 hingga 1989 (beliau mati disebabkan kanser pada umur 86 tahun)
REKOD KEKEJAMAN:
beliau telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai didalam penjara
selepas menyoal dan menghakimi yang tidak mahu tunduk kepada rejim
pemerintahan ketika itu. Dianggarkan angka sebenar kematian didalam
pembunuhan tersebut ialah 30,000 orang.
NAMA: Idi Amin Dada
KUASA: Presiden Uganda dan Pegawai Tentera
TARIKH KEKEJAMAN: mengambil alih tampuk pemerintahan tentera pada 1971
REKOD KEKEJAMAN:
wataknya digambarkan sebagai pencabul hak asasi manusia, memimpin
dengan kuasa veto, penyeksa etnik, membunuh tanpa menghakim dan
pengusiran kaum india dari uganda. Jumlah mangsa yang terbunuh sejak
beliau memerintah dianggarkan antara 80,000 hingga 500,000. Pada ogos, 4, 1972, Amin menyuarakan pendapatnya untuk mengusir 60,000 orang asia yang bukan penduduk uganda (kebanyakan mereka pemegang passport British). Kemudian beliau membuat pindaan terhadap pengusiran 80,000 orang asia, kecuali doktor, peguam dan guru.
NAMA YANG KEJAM: Leopold II
KUASA KEKEJAMAN: Raja Belgium
TARIKH KEKEJAMAN: 1865 hingga 1909
REKOD KEKEJAMAN: beliau telah menubuhkan Congo Free State,
satu projek persendirian untuk mengutip hasil getah di tengah benua
afrika. Projek ini menyebabkan ramai tenaga buruh dari Congo dipaksa dan
juga menyebabkan kematian sehingga 3 juta orang hamba dari Congo. Tanah persendirian yang dimiliki oleh beliau adalah amat besar yang keluasannya 76 kali lebih besar dari Belgium yang menyebabkan beliau bebas untuk memerintah sesuka hati dengan tentera pribadinya, Force Publique.
NAMA YANG KEJAM: Pol Pot
KUASA KEKEJAMAN: Pemimpin Khmer Rouge dan Perdana Menteri Kemboja
TARIKH KEKEJAMAN: 1976 hingga 1979
REKOD KEKEJAMAN: Gabungan antara buruh paksa, penjagaan perubatan yang lemah dan pembunuhan yang dilakukan beliau telah menyebabkan kematian 2 juta
orang kemboja (1/3 populasi rakyat kemboja) sepanjang pemerintahannya
selama 3 tahun. Khmer Rouge telah melakukan banyak pembunuhan di tempat
yang dinamakan ‘Killing Fields’. Mayat kemudian ditanam di dalam satu kubur besar. Untuk menjimatkan peluru, pembunuhan dilakukan dengan menggunakan pemegang kapak, tukul, tombak dan buluh yang ditajamkan.
NAMA YANG KEJAM: Vlad III (AKA Vlad The Impaler)
KUASA KEKEJAMAN: Pemerintah Romania
TARIKH KEKEJAMAN: Putera Wallachia sebanyak tiga kali antara 1448 hingga 1476
REKOD KEKEJAMAN: lebih
dikenali dengan melakukan hukuman yang sangat kejam dan sebagai sumber
inspirasi watak utama, novel popular Bram Stoker, Dracula. Beliau juga
terkenal dengan pelbagai seksaan kejam yang telah dilakukan. Antaranya
ialah paku ke kepala, memotong limpa, membutakan mata, membakar,
memotong hidung dan telinga, mengerat anggota kemaluan (terutama
wanita), menyiat kulit, meletakkan mangsa didalam sangka yang mempunyai
haiwan ganas dan merebus hidup-hidup. Sesetengah mengatakan dalam tahun 1460, terdapat pembunuhan dan penyeksaan melibatkan 10,000 orang hanya dalam satu masa.
NAMA YANG KEJAM: Ivan IV Of Russia (AKA Ivan The Terrible)
KUASA KEKEJAMAN: Grand Duke Of Muscovy dan pemerintah pertama Russia yang mendapat gelaran Tsar
TARIKH KEKEJAMAN: 1533 hingga 1547 (Grand duke Of Muscovy)
REKOD KEKEJAMAN:
Pada 1570, Ivan percaya bahawa golongan elit di bandar Novgorod ingin
melumpuhkan Poland dan pada januari 2, Ivan memerintahkan askarnya untuk
menghalang mereka dengan cara membina satu tembok besar mengelilingi
kawasan bandar tersebut. Setiap hari, akan dikumpulkan 500 hingga 1000 orang kemudian DISEKSA dan DIBUNUH dihadapan Ivan dan anaknya. Pada 1581, Ivan telah menumbuk menantunya sehingga berlakunya keguguran
hanya kerana memakai pakaian yang tidak disukainya. Anak beliau, yang
juga bernama Ivan, yang mengetahui hal itu, telah membantah tindakan
ayahnya itu akhirnya Ivan telah menyerang anaknya itu dengan menggunakan tongkatnya menyebab kematian serta merta anak beliau.
NAMA YANG KEJAM: Adolf Hitler
KUASA KEKEJAMAN: Canselor Jerman dan “FUHRER” Jerman
TARIKH KEKEJAMAN: 1934 hingga 1945
REKOD KEKEJAMAN:
Sehingga akhir perang dunia kedua, polisi Hitler yang ingin meluaskan
kekuasaannya dengan menjajah dan bersifat perkauman yang tinggi
menyebabkan kemusnahan dan kematian lebih 10 JUTA manusia termasuk 6 JUTA yahudi di dalam pembunuhan beramai-ramai yang dipanggil ‘holocaust’.
NAMA YANG KEJAM: Josef Stalin
KUASA KEKEJAMAN: General Secretary Of The Communist Party Of The Soviet Union’s Central Committee
TARIKH KEKEJAMAN: 1922 hinga 1953
REKOD KEKEJAMAN: cukup sekadar mengatakan, jumlah yang telah dibunuh beliau sepanjang pemerintahan nya dianggarkan antara 10 JUTA hingga 60 JUTA MANUSIA.
Artikel Asal: Listverse