(VIDEO)5 Wanita ini Dibunuh Secara Kejam Kerana Di Tuduh Sebagai Ahli Sihir
http://themetropost.blogspot.com/2015/08/5-wanita-ini-dibunuh-secara-kejam.html
INDIA – Lima wanita yang dituduh sebagai ahli sihir, telah dipukul hingga mati oleh berpuluh-puluh penduduk di perkampungan Ranchi, kerana didakwa menyebabkan kematian bayi, kemiskinan dan hasil pertanian yang tidak menjadi.
Semua mangsa diseret dari rumah mereka sebelum dipukul dengan kayu dan besi.
“Penduduk di situ nampaknya telah lama menyimpan dendam terhadap wanita berkenaan,’’ kata jurucakap polis.
Seluruh penduduk kampung kini berpakat bahawa mereka semua membunuh wanita terbabit. Setakat ini 50 orang sudah ditangkap.
Polis juga terpaksa mengerahkan ramai anggotanya ke kampung itu bagi mengelakkan rusuhan.
Sesetengah kawasan pedalaman di India masih percaya kepada sihir dan kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kaum wanita.
Malah ada kes di mana wanita dibogelkan, dibakar hidup-hidup dan diseret keluar dari rumah sebelum dibunuh.
Bulan lepas, seorang wanita berusia 63 tahun telah dipenggal kepala kerana didakwa mempraktikkan amalan berkenaan di kampungnya. – Mynewshub.cc
pautan ke video di SINI