Wanita Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri Dengan CIUMAN Bibir!
http://themetropost.blogspot.com/2015/06/wanita-selamatkan-lelaki-cuba-bunuh.html
CHINA – Hanya dengan satu ciuman, seorang remaja, Liu Wenxiu berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri.
Remaja tersebut kini menjadi popular di negaranya kerana berjaya meyakinkan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, agar menyayangi diri sendiri dan tidak melakukan perbuatan bodoh.
Kejadian tersebut berlaku pada bulan lepas, namun kisah mengenainya terus diperkatakan
Ketika kejadian, Liu Wenxiu berada di sebuah pusat beli belah di Shenzhen, apabila dia kemudiannya melihat orang ramai mengerumuni seorang lelaki yang ketika itu cuba memanjat pengadang di tingkat paling atas bangunan itu.
“Saya mahu membantu lelaki itu namun polis tidak membenarkannya. Saya kemudian menipu polis bahawa dia adalah teman lelaki saya yang mahu membunuh diri kerana saya.
“Mereka kemudiannya membenarkan saya bercakap dengan lelaki itu dan dia memberitahu bahawa dia sangat sedih kerana keluarganya berpecah belah,’’ katanya.
Apabila mendengar cerita lelaki itu, Liu Wenxiu menjadi sedih kerana dia juga berasal daripada keluarga yang berpecah belah.
Dia kemudiannya mengejutkan orang ramai apabila mencium lelaki itu di bahagian bibir, hingga lelaki itu leka dan di saat berkenaan, polis dengan segera menarik lelaki tersebut.