Inilah Punca Sebenar Mengapa Lelaki Ini Tiba-Tiba Meraung Melihat Mayat Isterinya Di Bilik Bedah



Kejadian menyayat hati ini yang berlaku di CHINA merupakan detik-detik apabila seorang suami mendapati isterinya yang disangka sedang menjalani pembedahan selepas melahirkan anak mereka rupanya meninggal dunia dan dibiarkan di atas meja bedah sendirian.


Liu Hsiung, 29, yang kehilangan Zhang Chun, 27, mendakwa sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa wanita itu mengalami keadaan kritikal selepas melahirkan anak.
“Saya berulang kali dimaklumkan isteri saya berada dalam bilik bedah. Hanya selepas beberapa jam saya memutuskan untuk masuk ke bilik berkenaan dan betapa terkejutnya saya apabila mendapati mayat isteri saya terbaring di atas katil.
CEN_DeadMother_05.jpg
“Tiada doktor atau jururawat di situ, hanya pencuci bangunan yang sedang duduk di situ sambil menghisap rokok dan makan,’’ katanya.
Menurut Lin, dia menjadi hilang akal apabila menyaksikan mayat isterinya manakala pencuci itu pula sedang makan. Susulan itu, Lin mengemukakan saman terhadap pihak hospital di atas kecuaian berkenaan.



Sebab utama mereka membiarkan saya di luar adalah supaya mereka boleh mencari alasan untuk menghapuskan semua bukti yang ada. Saya mahu melihat semua dokumen, rekod perubatan dan mendapatkan kenyataan daripada mereka,’’katanya.
Dalam pada itu, pihak hospital memberitahu, isteri Lin mengalami komplikasi kerana bayi yang dilahirkan besar dan mereka juga menolak pembedahan sebaliknya mahu melahirkan bayi dengan cara normal, 

-Mynewshub-

Related

Viral 7610641788174272381

Post a Comment

Hot in week

Recent

Comments

PELAWAT

Total Pageviews

item