Sebagai Pedoman, Kisah 2 Orang Lelaki Yang Masuk Syurga Dan Neraka Kerana Seekor Lalat


Rasulullah shalallahu ' alaihi wa sallam bersabda:

"Ada seseorang masuk syurga kerana seekor lalat dan masuk neraka kerana seekor lalat pula"

Para Sahabat bertanya "Bagaimana boleh terjadi demikian, wahai Rasulullah?"

Beliau menjawab "Terdapat dua orang yang berjalan melewati suatu kaum yang mempunyai berhala, tidak seorang pun dibenarkan melewati berhala itu sebelum memberikan sesuatu.

Mereka berkata kepada salah seorang dari kedua lelaki tersebut, "Berikanlah korban kepada berhala itu! "Dia menjawab" Aku tidak mempunyai apa-apa untuk berkorban." Mereka berkata lagi, "Berikanlah korban sekalipun dengan seekor lalat. "Kemudian dengan seekor lalat itu, dia memberikan korban dan mereka dibenarkan meneruskan perjalanannya. Kerana perbuatannya itu, dia kemudian masuk neraka!

Kemudian mereka berkata kepada yang seeorang lagi, "Berikanlah korban!" Orang yang kedua ini menjawab, "Aku tidak akan berkorban sedikitpun kecuali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kemudian dia memenggal leher orang itu dan dia masuk syurga . "
(HR. Ahmad)

Sumber: 166 Kiat Menggapai Syurga, Penulis Syaikh Shalih Al-Fauzan, Pustaka Darul Haq.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Related

Isu Semasa 5528859342136498416

Post a Comment

Hot in week

Recent

Comments

PELAWAT

Total Pageviews

item