Akhirnya!! Filem Dan Drama Melayu Yang Mempunyai Agenda Peluk Cium Di Arah Potong Sebelum Di Tayangkan
http://themetropost.blogspot.com/2015/07/akhirnya-filem-dan-drama-melayu-yang.html
Buat anda yang gemar menonton drama yang mempunyai adegan romantis yang acah-acah sweet nampaknya anda tidak akan dapat lagi menonton babak berkenaan kerana menerusi satu pekeliling dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dikongsi di media sosial sejak semalam, badan tersebut telah menggariskan beberapa peraturan rasmi dan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhinya.
Peka dengan pendapat orang ramai apabila beberapa drama kebelakangan ini menampilkan unsur-unsur seksual dan keganasan secara berlebihan, ia adalah salah satu inisiatif daripada LPF untuk membendung perkara berkenaan.
Selain adegan mengghairahkan dan berunsur seksual,LPF turut menetapkan bahawa adegan yang berunsurkan khurafat serta tahyul juga tidak dibenarkan.
Bukan itu sahaja, adegan yang turut berkaitan dengan politik serta memburukkan kerajaan juga tidak dibenarkan selain perkataan lucah dan kasar.
Nampaknya selepas ini drama-drama di Malaysia akan lebih bersih pembikinannya dan sekaligus seluruh keluarga boleh menonton tanpa merasa risau jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.
sumber :beutifulnara